Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus
tabah menyintai lelaki itu.
Andainya
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang
berlaku.
Andainya lelaki
tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.
Andainya lelaki
tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia
hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di
mata.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia
dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia
tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu
emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
Andai
lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan
itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.
Biarpun
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup
anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia
juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga
ibu yang terbaik untuk anak2 anda
Andainya lelaki tahu..

No comments:
Post a Comment